JAWAPAN LATIHAN 5

1.          IG = VTH/(RTH + RG)
   0.0000136A = 24mV/(RTH + 100)
          RTH = 24mV/0.0000136A - 100
                 = 1665
          RTH = [1000(5000)/(1000 + 5000)] + [R4(1000)/(1000 + R4)]
        1665 = 833.33 + [R4(1000)/(1000 + R4)]
     831.67 = 1000R4/(1000 + R4)
    831670 + 831.67R4 = 1000R4
            R4 = 831670/168.33
                 = 4941 #

2.Kaedah ini berasaskan bahawa jika tiada perbezaan keupayaan
antara dua cabang litar tetimbang yang selari, tidak akan ada sebarang pesongan pada jarum
meter penunjuk dan arus tidak mengalir melalui meter penunjuk dan menunjukkan bacaan sifar.
Ini menunjukkan keadaan keseimbangan pada tetimbang dan biasanya galvanometer
disambungkan di antara cabang selari untuk mengesan keadaan keseimbangan.

3.   Ketidakseimbangan dalam sebuah litar tetimbang adalah apabila berlaku sebarang
 perubahan pada jarum penunjuk metergalvano. Pesongan ini disebabkan perbezaan nisbah
 keupayaan antara dua cabang tetimbang yang menyebabkan pengaliran arus melalui meter.

4.    Salah satu kegunaan tetimbang Wheatstone ialah mengukur rintangan dc pelbagai wayar bertujuan untuk
mengawal kualiti wayar tersebut atau untuk mengawal rintangan transformer, solenoid, atau ‘motor windings’.
            Selain itu, syarikat telefon menggunakan Titian Wheatstone untuk mengenalpasti kesilapan
 (fault) dalam kabel. Fault tersebut mungkin dua litar “shorted” atau pun satu litar “shorted” ke bumi.
            Kegunaan lain ialah sebagai penyesuai isyarat dalam sistem pengukuran. Tetimbang juga
 digunakan dalam alat pengesan isyarat fizikal (sensor) seperti thermistor, tolok terikan dan lain-lain
 yang mempunyai ciri perubahan rintangan terhadap perubahan parameter fizikal yang dikesan seperti
 suhu, tekanan, daya dan sebagainya untuk mengeluarkan isyarat keluaran dalam bentuk isyarat elektrik.
 Di salah satu lengan tetimbang akan ditempatkan sensor dan ketiga-tiga rintangan lain adalah diketahui
 nilainya. Apabila perubahan pada parameter fizikal berlaku pada sensor yang diukur, keadaan
 ketidakseimbangan terjadi. Oleh itu, perbezaan keupayaan akan wujud antara dua cabang tetimbang
 dan isyarat keluaran berbentuk isyarat elektrik akan diperolehi. Metergalvano digunakan untuk
 menentukan magnitud arus yang terhasil itu. Dengan ini, hubungan antara parameter fizikal dan isyarat
 elektrik diperolehi.

5.a) Nilai Rv apabila titian seimbang dikira sebagai
 

 Rv = R2R3 / R1 = 10k x 10k / 10k = 10k ohm

 Titian seimbang apabila suhu 80°C. Nilai ini dibaca terus dari graf.

 b) Daripada graf, diketahui bahawa apabila suhu 60°C rintangan ialah 9kW. Oleh itu, isyarat ralat,eg ialah

  eg = E [ R3 / R1 + R3 ] - E [ Rv / R2 + Rv ]
      = 12 [ 10k / 10k + 10k ] - 12 [ 9k / 9k + 10k ]
      = 0.32 V

 Isyarat ralat adalah :
 eg = VTH = E [ r / 4R ]
 di mana r ialah 10k ohm - 9k ohm iaitu 1k ohm ,
 eg = 12 V x 1k / 40k = 0.025 V

6.VTH = E [ r / R ] = 10 x 25 / 2000 = 0.125 V

 Cari RTH:
 RTH = R = 500 ohm

 Arus melalui metergalvano, Ig ialah:

            Ig = VTH / RTH + Rg = 0.125 / 500 + 125 = 200 mikroA #

7.    Litar Tetimbang Kelvin adalah versi titian Wheatstone yang telah diubahsuai.
 Tetimbang Kelvin boleh digunakan untuk mengukur rintangan dalam julat 1W - 1mW
 dengan darjah kejituan yang tinggi. Ini adalah kerana dalam Titian Kelvin telah
 dihapuskan kesan-kesan sentuhan (contact) dan plumbum (lead) pada rintangan
 apabila mengukur rintangan kecil yang tidak diketahui nilainya Rx.
 

 8.    Konsep asas tetimbang dalam pengukuran ialah dengan menggunakan kaedah
 penunjukkan nol atau konsep perbezaan keupayaan antara dua cabang dalam sesuatu
 litar. Kaedah ini berasaskan bahawa tidak akan ada sebarang pesongan pada jarum
 meter penunjuk jika tiada perbezaan keupayaan antara dua cabang litar tetimbang
 yang selari. Apabila tiada perbezaan keupayaan maka tiada arus yang mengalir
 melalui meter penunjuk dan penunjuk akan menunjukkan bacaan sifar. Keadaan ini
 menunjukkan bahawa tetimbang berada dalam keadaan keseimbangan.
 

                                                               KEMBALI KE MAIN PAGE